• LinkedIn
  • Subcribe to Our RSS Feed

Alahai Lisa dan Ana

credit to beautifulnara.com

credit to terbakor.com

Agak-agak korang sape Lisa dan Ana yg aku maksudkan ini? Of course la Lisa Surihani dan Ana Rafali yang masing-masing baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan pasangan pilihan.

So meratap kesedihan la semua jejaka-jejaka di Malaysia ini bila dua wanita idaman Malaya ini disambar orang tapi bukan aku la yang meratap tu sebab ramai lagi kot wanita-wanita hot kat luar sana tu.

Aku tak tahu apa yang lelaki lain lihat pada kedua-dua wanita ini tapi aku tak nafikan yang keayuan dan sifat kedua-dua mereka telah menambat hati aku. Pape pun tahnia kepada kedua-dua pasangan terutamanya kepada Yusri dan Naim sebab mendapat Lisa dan Ana.
Published with Blogger-droid v2.0.4

Apa Itu Tolenrasi?

Terdetik dalam hati aku nak menulis mengenai tolenrasi bila terjadi satu kejadiaan yang ada kaitannya dengan tolenrasi terhadap aku. Ceritanya bermula bila aku dalam perjalanan ke rumah member aku dengan menunggang motorsikal tapi seperti biasalah kalau bawak motor time orang balik kerja kenalah celah mencelah.

Gambar Hiasan

Nak dijadikan cerita bila aku hampir sampai ke satu traffic light tiba-tiba sebuah lori panjang datang menghimpit ke sebelah kanan aku. Apalagi terperangkaplah aku kat tengah-tengah tu nasib baiklah kereta yang kat sebelah kiri faham situasi aku dan masing-masing tarik side mirror nak bagi laluan kat aku. Masa tu rasa terharu sangat sebab masing-masing bertolak ansur dan ini jugalah dinamakan tolenrasi kalau nak tahu.

Pentingnya toleransi itu terutamanya kat jalan raya sebab situasi kat jalan raya ni bukan perkara main-main tapi membabitkan nyawa orang. Dalam konteks negara kita pula tolenrasi antara kaum sangatlah penting sebab itulah kita tak boleh membeza-bezakan sesuatu perkara itu hanya disebabkan berlainan kaum. Sebelum aku buat karangan sejarah baik aku chow dulu sebab banyak kerja lagi nak buat so lain kalilah sambung bebelan aku ni dan yang penting aku selamat sampai ke destinasi.

Apple VS Samsung

vs


Kekeliruan antara membeli tablet sering terjadi dalam kalangan peminat gajet. Namun bagi yang betul-betul tahu apa yang mereka perlukan pasti akan memilih gajet yang sesuai dengan diri mereka.

Kekeliruan sering terjadi untuk memilih antara tablet ipad keluaran apple ataupun tablet Galaxy Tab keluaran Samsung. Memang tak dinafikan kedua-dua jenama ini adalah pesaing utama dalam pasaran telefon mudah alih dan tablet. Kedua-dua jenama ini saling menyaingi diantara satu sama lain dalam menguasai pasaran telefon pintar dan tablet.

Kelebihan jenama Samsung dapat dilihat dengan penggunaan peranti android pada hampir setiap gajet keluaran mereka. Pengeluaran model-model baru yang mampu milik juga menjadi salah satu faktor pengguna untuk memilih jenama ini. Antara produk yang paling mendapat sambutan ialah Samsung Galaxy s2 dan Samsung Galaxy Tab.

Bagi produk jenama apple kelebihan dapat dilihat melalui penggunaan os keluaran apple dan spec di dalam gajet apple itu sendiri yang mempunyai kelajuan dan performance yang begitu memuaskan. Kelebihan ini dikatakan saingan utama kenama jenama Samsung kerana performance gajet keluaran Samsung sering kali dikritik. Produk apple juga mempunyai kekuatan pada jenamanya yang lebih popular dan dipercayai ramai. Antara produk apple yang popular ialah iphone 4 dan ipad 2.

Jenama mana menjadi pilihan anda terpulang kepada setiap diri anda sendiri. Bak kata pepatah tepuk dada tanya selera.
Published with Blogger-droid v2.0.4