Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong.......

29/08/2010 // by Mohd Faiz Mazlishah // Labels: // 0 ucapan pembaca
Bulan puasa ni Allah S.W.T banyak menguji hambanya, begitu juga MM diuji dengan 1001 dugaan hari ini. Sebab tamak sangat menerima 5 jemputan berbuka puasa sampai kena berbuka kat atas jalanraya dgn korek idung jer, hahaha......padan muka!!!!

Mula-mula dapat jemputan berbuka puasa kat rumah pak sedara kat Bandar Tasik Selatan, kebetulan pula GengBlogger buat gathering bukak puasa kat Shah Alam, Tambahan pulak member buat reunion kat MidValley, tiba-tiba pulak member ajak bukak puasa kat Holiday Villa Hotel Subang dan akhir sekali ada jamuan steamboat kelab kat sunway.

Terpening gak nak pilih mula-mula tapi akhir sekali mestilah pilih nak pegi makan kat hotel secara free. So buat planning nak pergi kat gathering GengBlogger kejap then terus bertolak ke Holiday Villa Hotel Subang. Memandangkan jamuan steamboat ditunda ke hari isnin ni dan jamuan bukak puasa kat rumak pak sedara MM batal so kurang dua beban MM but still ada satu lagi yang tak dapat ditunaikan iaitu ke reunion kat MidValley.

Tepat jam 4.30 petang MM bertolak ke Plaza Alam Sentral untuk gathering GengBlogger. Memang best gathering ni sebab ni kali pertama MM join dan boleh jumpa ramai member blogger yang selama ini hanya kenal di alam maya jer. MM malas nak citer panjang sebab akan ada entry khas untuk gathering ni.

Dalam jam 6.00 petang MM dan 3 orang member bertolak ke Subang but sampai separuh jalan MM terpisah dengan yang lain dan disebabkan MM memang tak biasa dengan jalan kat sana MM terus jer menghala ke KL. Entah macamana boleh sampai kat KL dan alang-alang sampai sana MM pun singgah kat MidValley untuk reunion. Melepas MM nak makan hotel secara free akhirnya.....

Gambar time reunion kat MidValley

PENGAJARANNYA :-
  • Jangan tamak nak makan mahal-mahal jer tapi lupa dengan member-member kita
  • Kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan
  • Kalau tak tahu jalan jangan ngada-ngada buat tahu jalan

BAK KATA PEPATAH :-
  • Orang tamak selalu rugi
  • Yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran
  • Malu bertanya sesat jalan

0 ucapan pembaca:

Catat Ulasan

Label

Blog rasmi

Recent Comments

Bloglist 1