Awek Lawa tapi........

Manusia ni ada pelbagai rupa dan perangai. Ada yang dikurniakan rupa yang menawan tapi perangai tak senonoh dan ada yang rupanya sedan-sedan sahaja tapi perangai elok dan  patuh pada agama. 
Yang paling elok bila kedua-duanya pakej iaitu perangai yang elok dan rupa yang menawan ada pada seseorang itu. Bagi MM rupa hanyalah fizikal yang tak membawa apa-apa makna tapi perangai boleh menggambarkan baik buruk seseorang itu.


MM menerima khabar daripada seorang sahabat baik MM yang baru sahaja putus cinta dengan seorang awek yang begitu lawa, menawan dan cantik bagi MM dan kebanyakkan lelaki jugak. Mereka bercinta daripada sekolah menengah lagi dan MM memang kenal sangat perangai mereka berdua ni.

SI LELAKI
Seorang yang ada rupa, tegap dan bergaya. Dia jugak banyak pegang jawatan dalam organisasi di sekolah dulu, kiranya glamer gak mamat ni. Menjadi rebutan ramai budak pompuan kat sekolah sampaikan ada yang merayu-rayu dan menangis-nangis nak jadi awek dia tapi tak pernah dilayan pun. Seorang yang rendah diri dan tak suka layan awek-awek. Selalu cakap yang dia ni bodoh sebab tak score dalam pelajaran sedangkan resultnya examnya sedan-sedan jer, rasa nak ketuk jer bila dia cakap camtu. At last jatuh cinta giler-giler dengan awek yang MM citerkan tu dan berjaya memikat awek tu.

SI AWEK
Seorang yang cantik, menawan dan bergaya. Dia gak sangat bijak dalam pelajaran dan gaya lemah lembutnya benar-benar mengiurkan. Bukan sahaja MM tapi semua lelaki kat sekolah meminati awek ni termasuklah member MM tu. Aktif juga dalam sukan dan kegiatan luar hinggakan begitu femes seantero sekolah. Gayanya boleh diibaratkan macam bidadari yan tiada cacat celanya tapi disebalik topeng kebaikkan dan keperfectan awek ni tersimpan pelbagai keburukkan dan kelaknatan. Bukan sahaja kerap bertukar teman lelaki tapi juga suka mempermainkan perasaan orang lain. Menipu dan memberi alasan sudah menjadi kebiasaannya.

Sambungan....

Tidak ramai yang tahu perangai sebenar awek ni, hanya beberapa kerat sahaja yang tahu termasuklah MM yang kaki spy ni. So MM ada jugak nasihat member MM ni namun keutuhan dan keikhlasan cinta member MM ni pada awek tu membuatkan MM tak dapat berbuat apa-apa. Sedang mereka bercinta pelbagai cerita dan pengakuan yang tak elok tentang awek tu MM dengar. MM bukannya senang percaya dengan kata orang tapi bila ramai yang bercerita masakan cerita itu karut. Pokok takkan bergoyang kalau angin tak tiup kecuali ada orang goyang.

At last mereka putus sebab member MM ni dah tak tahan dengan perangai awek ni. Baguslah sebab dia dah sedar dan MM rasa dia boleh cari perempuan yang 1000x lebih baik daripada awek tu., cayalah bro. Bukan niat MM nak mengutuk atau mengaibkan sesape tapi sebagai pengajaran dan teladan buat semua.

0 ucapan pembaca:

Catat Ulasan