Jana Pendapatan Dengan YouthSays
YouthSays adalah salah satu social network khusus untuk golongan belia yang berumur 13 hingga 30 tahun dan anda berpeluang menjana pendapatan melalui laman sosial ini.
Bagaimana laman ini berfungsi?
Senang sahaja, anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli dan mempromosikan kempen-kempen daripada syarikat swasta ataupun badan koporat yang ada dengan cara anda sendiri termasuklah melalui blog, twitter dan facebook anda. Setiap unik klik untuk kempen yang anda promosikan akan diberi ganjaran dalam bentuk nilai wang. Anda boleh menebus nilai wang yang anda kumpul apabila nilainya mencecah RM50. Selain dalam bentuk nilai wang anda juga dapat mengumpul mata ganjaran melaui kempen yang anda promosikan dan nilai mata ganjaran yang anda kumpul dapat digunakan untuk aktiviti anda dalam laman ini.
Apalagi yang menarik di YouthSays?
Di sini anda dapat membuat survey anda sendiri samada dalam bentuk poll atau komen untuk mengetahui pendapat orang lain mengenai survey yang telah anda buat itu. Setiap jawapan anda untuk poll dan komen akan diberikan mata ganjaran yang boleh digunakan kelak untuk membuat survey anda sendiri.
Siapakah yang boleh mendaftar?
Belia yang berumur 13 hingga 30 tahun boleh mendaftar sebagai ahli YouthSays dan anda akan dibahagikan mengikut tahap professional anda sendiri samada masih bersekolah, penuntut intitusi pengajian tinggi atau berkerjaya. Setiap tahap akan ada pengkhususan tersendiri samada sekolah atau intitusi pengajian tinggi yang anda hadiri atau bidang yang anda ceburi sekarang. Anda boleh berkomunikasi dan saling bertukar pendapat mengikut tahap yang anda berada atau mengikut pengkhususan anda.
sebagai cth :
saya adalah seorang siswa UiTM Shah Alam jadi saya dapat berkomunikasi dan saling bertukar pendapat dengan siswa UiTM Shah Alam yang lain. Selain itu saya juga dapat bertukar pendapat dengan siswa daripada intitusi pengajian tinggi yang lain.
Bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli?
Senang sahaja hanya klik pada logo dibawah dan ikut arahan selanjutnya. Selamat mencuba :)

saye singgah n folo anda :)
BalasPadammcm Nuff la kan? hm... ok good info
BalasPadam@husniah zaimahtq n selamat dtg ke blog MorningTonight
BalasPadam@::FAIZ FARISH::yup lbh kurang dan cam fb gak
BalasPadam