MALAYSIA JUARA | Piala Suzuki AFF
Masih belum terlambat sebagai rakyat Malaysia untuk MM mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak kebangsaan Malaysia yang menjuarai PIALA SUZUKI AFF dengan agregat 4-2 kepada pasukan lawan Indonesia tapi mungkin sebagai seorang blogger MM dah terlambat untuk mengucapkan tahniah buat skuad kebangsaan kita kerana sedikit masalah teknikal semalam. Walaupun tak menyaksikan secara LIVE kat Indonesia tapi suasana kat Restoran Hakem Shah Alam semalam sangat meriah dengan gelagat-gelagat penyokong Malaysia. Suasana kat sana tak ubah seperti suasana kat stadium so terubat lar sedikit rindu nak tengok secara LIVE.
Memang diakui permainan semalam sangat sengit dan MM memang teruja dengan kehebatan penjaga gol Malaysia, Fahmi yang cekap menangkis bola lawan. Dengar-dengar cerita awek dia ni ada blog gak so jom try ushar blog awek dia kat http://jejariruncing.blogspot.com. Tapi yang paling mengecewakan bila ada juga sinaran laser daripada penonton Indonesia yang ditujukan kepada Fahmi. Orang Indonesia tahu guna laser gak ke? Ingatkan diorang tak tahu macamana nak guna laser, entah-entah tak tahu pun laser tu apa.
Untuk meraikan kejayaan ini MM & the gang pun pekena KFC dan jalan-jalan kat i-city dengan memakai bendera Malaysia, bangga gituuuu. Yang peritnya masuk i-city dah kena bayar, mahal plak tu. Untuk motor dikenakan caj sebanyak RM5 sebuah dan kereta RM10 sebuah. Bergaya sakan kami cam kami plak yang main, wakaka....
bangga tengok gambaq2 team malaysia tue...harap mereka dapat kekalkan prestasi 2 tahun lagi....
BalasPadamI'm Glad i found this site.Added morningtonight.blogspot.com to my bookmark!
BalasPadam@Anonymoustqvm, keep following....
BalasPadam@optionshift3Insyallah bro...nnti setaraf dengan kelab2 antarabangsa...
BalasPadam