Animasi Lucah Jadi Kegilaan

Terkejut, sesak nafas  dan kecewa menggambarkan perasaan seorang ibu yang menjumpai sejumlah DVD animasi lucah milik anaknya. Dia sangat terkejut apabila menonton beberapa DVD yang dirampas daripada anaknya kerana DVD terbabit memaparkan 100% adegan lucah yang tidak sepatutnya ditonton oleh remaja seperti anaknya yang baru berusia 15 tahun.

Contoh kelucahan yang dipaparkan oleh animasi Jepun
Tembelang anaknya itu mula dhidu dia dan suami apabila anaknya sering menghabiskan masa di dalam bilik dan sering tidur lewat malam. Selain itu anaknya juga kerap ke tandas lewat malam dan menampal poster animasi yang mengghairahkan di dinding bilik tidurnya. Rasa tidak sedap hati membuatkannya cuba menyiasat sejumlah DVD yang disimpan anaknya dan beliau hampir sesak nafas apabila menonton DVD yang dirampas itu kerana DVD tersebut memaparkan karakter animasi yang mengghairahkan dan kelucahan yang melampau.

Dia dan suami bersyukur kerana anaknya menyatakan kekesalan diatas perbuatannya dan berjanji takkan mengulanginya lagi. Anaknya juga menunjukkan kedai yang menjual DVD animasi lucah terbabit yang secara terang-terangan menjual DVD terbabit serta menjadi tumpuan para remaja. Pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil langkah pencegahan yang lebih tegas kerana penyebaran bahan-bahan lucah sebegini boleh membawa kepada kejatuhan akhlak para remaja sekaligus meningkatkan masalah  sosial di negara ini termasuklah kes buang bayi, maksiat, rogol dan sebagainya.

Akhbar Metro, Sabtu 8 Januari 2011.

Animasi Jepun kadang-kadang memang melampau kerana memaparkan figura-figura yang extra lucah bagi MM walaupun animasi tersebut merupakan tontonan kanak-kanak menyebabkan kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan apa yang dipaparkan. Minta pihak berwajib menapis setiap animasi yang dipaparkan di kaca televisyen kerana majoriti penontonnya adalah kanak-kanak yang mudah terikut-ikut dengan apa yang mereka lihat.

6 ucapan pembaca:

  1. baru 15, dah pandai buat hal pelik. kalau 25 esok, ntah apala jd kat dia

    BalasPadam
  2. orang kata kat jepun da biasa bnda2 cm tu =.='' sabar je la..

    BalasPadam
  3. @::FAIZ FARISH::takleh nak salahkan dak tu gak der sbb ni pengaruh benda2 camni.....

    BalasPadam
  4. @aleeya husnankalau jepun biasa takpe takut kat malaysia pn jd biasa nnti....urmmmm....

    BalasPadam
  5. @Miecyber ni kes berat, bahay tuk kanak2

    BalasPadam