Keaslian Rozita Che Wan

Melihat awek aku menjadi penghias muka depan Metro hari ni sudah cukup untuk melepaskan rindu aku kat dia (angan-angan lebih). Ada ke tuduh awek aku ni buat bedah plastik, asli tau dari atas sampai bawah. Memang tak dinafikan Cik Rozita Che wan kita ni sangat hot macam baru keluar dari ketuhar walaupun umurnya dah nak baya-baya mak korang dan sudah pun mempunyai dua orang anak.

Dulu hingga sekarang masih HOT!!!
Inilah masalah orang kita kalau tengok cantik sikit mula lar nak tuduh sana-sini, bedah plastik lar, cucuk kolagen & vitamin C lar, guna ilmu hitam lar dan macam-macam lagi. Kalau nak ikut mulut orang semua boleh cakap itu ini so baik tanya empunya badan. Menurut Rozita dalam Akhbar Metro dia tak pernah terfikir pun mahu membuat pembedahan plastik malah menyedari yang mengubah ciptaan tuhan ni haram so korang jangan nak tuduh-tuduh nanti banyak pulak dosa korang.

Kalau betulah apa yang dikatakan Rozita memang aku respek dia sebab berjaya mengekalkan bentuk tubuh dan rupa yang menawan walaupun hampir mencecah umur 40 an dan sudah mempunyai dua orang anak. Mempunyai status sebagai janda, Rozita memang mempunyai pakej lengkap seperti zaman mudanya dulu. Walaupun ramai yang mengenalinya sekarang namun dia sebenarnya sudah lama berkecimpung dalam dunia seni dan dia juga merupakan Miss Malaysia Intercontinetal pada tahun 1992, mak aiii aku baru umur 2 tahun. Pernah menjadi finalis Dewi Remaja dan model pelbagai iklan, bekas pramugari ini membuktikan yang dia sebenarnya memang mempunyai rupa yang menawan dari dulu lagi.

So nasihat aku kepada semua perempuan di luar sana tirulah macam cik Rozita kita ni yang pandai menjaga kecantikkan so takdelah laki atau boyfriend cari lain, jangan marah gurau jer.

7 ucapan pembaca:

  1. hoho bukan nk ckp ape lah *act bukan suka rozita cik wan pon. dia nie kn seksi mcm artis lain jugak. jadi memang sah2 lah timbul fitnah. berpunca dr pemakaian dia sendiri jugak, tunjuk susuk badan yang montok menawan tu. mmg sah2 tak lari dr fitnah. cuba dia cover semua tu, tak jadi hal kan? :))

    BalasPadam
  2. itulah macam tak menghargai jugak kecantikkan yg ada sbb duk dedah sini sana

    BalasPadam
  3. Seri wangi setuju tu, walaupun usia kita semakin bertambah, janganlah malas nak jaga kesihatan, penampilan diri dan selalu amalkan pemakanan yang sihat dan juga jangan malas bersenam.Lawat blog seri wangi kalau nak tip dan petua awet muda.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,
    Mmmmmm pi la pinabg cepat2 ;)

    BalasPadam
  5. kalau cantik sampai syurga tak pe la.. kalau sampai ke neraka buat apa kan?

    BalasPadam