Pangkor menggamit memori

Cewahhh tajuk post tak boleh blah......sebabenarnya.ak baru balik daripada pangkor kerana berkursus dan bercuti...berkursus dan bercuti? Maknanya bila habis kursus, aku terus sambung bercuti.

Ni merupakan first time aku menjejakkan kaki ke pulau pangkor dan komen aku mengenai pangkor ialah satu tempat percutian yang sangat bajet. Aku dapati kesemua perkhimatan dan barang-barang di pangkor djual dengan harga yang berpatutan berbanding dengan pulau langkawi yang aku pergi sebelum ini.

buah tangan untuk member-member, comel tak?

Kebetulan pula masa kunjugan aku tu sedang berlangsung pesta laut pangkor dan lumut. Memang meriah abis dan orang-orang pangkor dan lumut memang sporting. Memang aku jenis yang suka travel alone so ak ambil keputusab untuk stay semalaman dekat untuk menyertai pesta terbabit.





Ada auto show, menarik sangat!

Banyak puhak yang terlibat dengan karnival ini termasumlah tentera laut dan maritim. Ini dapat memberikan pendedahan kepada semua orang mengenai pasukan-pasukan mereka.






Persembahan bot daripada maritim

Banyak lagi aktiviti yang menarik sempena pesta laut pangkor dan lumut ni antaranya ialah pestandingan pengantin, memasak, karaoke, basikal dan sebagainya. Pendek kata seluruh masyarakat tak kira umur dan bangsa menyertai karnival ini. Ini pertama kali aku menyertai karnival ini dan memang aku enjoy sangat. Satu benda yang aku perasan perpaduan kaum kat perak sungguh kuat sebab kita boleh tengok pelbagai bangsa mengunjungi karnival ini dan sekaligus melenyapkan kebimbangan pasal bersih 3.0 yang berlaku pada masa yang sama.





Tenangnya pangkor dan lumut.
Published with Blogger-droid v2.0.4

0 ucapan pembaca:

Catat Ulasan